Saturday, April 4, 2009

.::Saya pilih Faquhu::.

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur saya lg utk update blog tmpt sy luahkan or praktikkan ilmu yg telah sy pelajari. Hari yg indah ini, sy still dlm ofis yg sederhana bersama shbt2 lain yg cekal beribadah (bekerja kan satu ibadah…) sy nk share (sharing & reminding is caring) berkenaan hadith logam.Hadith nih kali pertama sy dgr mse sessi bertadabbur dgn akhawat dr UM dirumah sewa mereka. Dh lme nk update dlm blog, arini ada kelapangan. So kita mulakan dgn maksud hadith terbabit.


Hadith LOGAM:

“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham.” (Bukhari & Muslim)


Hadith nih blh dikaitkan dgn kisah Saidina Omar. Bygkan lah Saidina Omar yg tegap tuh blh lembut hatinya bile dia dgr adiknya Fatimah membaca surah Thoha. MasyaALLAH, benarlah ALLAh itu Maha Agung. Hati khalifahNya berada dihujung jariNya shj. Bile2 masa ALLAH blh bolak balikkan hati kita. Peristiwa ini dikaitkan dgn hadith diatas kerana Saidina Omar ibarat LOGAM. Keras, tidak mudah berkarat, kuat tp still boleh dibentuk.

Namun, disebalik hadith tersebut ada beberapa fahaman dr segi bacaan di penghujung hadith tersebut dimana tanda bacaan “faqihu” atau “faquhu”.


faqihu - golongan yg byk ilmu namun tidak dipraktikkan atau diamalkan, maknanya hya faham shj.

faquhu - golongan yg sedikit ilmunya tetapi diamalkan oleh krn kefahamannya yg tggi.


Kat mne kita sebenarnya? Hya kita shj yg tahu. Sekiranya kita tahu kita berada digolongan faqih maka same2la kita berhijrah utk menjadi or tergolong bersama2 org2 yg faquh.Sebagai contoh org yg faquh, take Sumaiyyah for example. Pada zaman Sumaiyyah hya ada 2 kalimah


“Tiada Tuhan selain ALLAH, Nabi Muhammad pesuruh ALLAH”


Disebabkan kalimah mantera yg dipegang oleh Sumaiyyah, maka dia syahid berbekalkan kalimah di atas. Hya 2 potong ayt jika hendak dibandingkan dgn kita yg diperkumpulkan 6666 ayt didalam 144 surah mnjdi kitab yg kita pggil Al-Quran (Qalam ALLAH). Sumaiyyah hya tahu sedikit. Bahkan solat pun dia tidak tahu lg dikala itu. Apatah lg mengenai aurat. Yang ada hya ayt Makiyyah iaitu ayt dakwah yg berbentuk menyeru. Sumaiyyah menyambut seruan ALLAH dan dia syahid. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mukmin yg terpuji dan tinggi disisi ALLAH SWT.


Sebelum Rasulullah SAW wafat, baginda SAW tlh mewasiatkan Al-Quran & sunnah yg pasti menjanjikan kebenaran yg sebenar2nya. Tidak akn sesat seseorg itu klu dia berpegang teguh dgn ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi.Analogi yg blh kita ceritakan berkenaan Al-Quran & Sunnah & manusia iaitu kita. Ada 2 biji benih yg bermutu tinggi (constant variables) & ada 2 tanah. Satu tanah yg tandus & satu lg tanah yg subur (manipulated variables). Bagi pendapat anda, sudah pastilah tanah yg subur tuh akan mghasilkan hasil yg baik jika dibandingkan dgn tanah yg tandus td. Yg boleh kita kaitkan dgn analogi diatas ialah diri kita umpama tanah td.Kita dah ada 2 sumber yg paling bgus (Al-Quran & Sunnah) tp klu kita xgne sebaik mgkin, both sumber is useless pdhal itu bijih benih yg bermutu tggi. Jadi yg rugi bkn org lain tp kita. Jadi sbg org yg ada hati & beroleh akal fikiran yg ALLAh telah kurniakan kita patut lahirkan rse bersyukur dgn melakukan amal ibadat sbg tanda terima kasih.


“…boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)


Fikir-fikirkan ayt didalam surah Al-Baqarah ayt 216 ini. Tidak semestinya ape yg kita kerjakan saban ari itu baik utk kita even mendtgkan byk hasil, contohnya kekayaan yg boleh menimbulkan rse tamak tetapi beralih kpd kesederhanaan yg mendatangkan rsa kasihan kpd yg lebih memerlukan dan dari perasaan itu lahirlah amal yg dipanggil bersedekah.


” Dan sungguh, akan Kami isi nerakan Jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayt2 ALLAH), dan mereka memiliki mata tetapi tidak pergunakannya utk melihat (tanda2 kekuasaan ALLAH) dan, mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya utk mendengarkan (ayt2 ALLAH). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lg. Mereka itulah org2 yg lengah.” (7:179)


Rugilah kita klu kita melengah sedangkan kita faham dr ayt diatas dimana org yg melengah itu lebih sesat dr haiwan ternakan.Kita cepat rse mrh bile kita diejek or dipaggil dgn panggilan seperti “bodoh mcm lembu” & “lembab mcm siput”. Walhal kita tidak perasan yg kita lbh buruk dr itu. Mudah2an ALLAH memelihara diri kita dr sifat2 mazmumah yg blh membuat kita terpesong jauh dariNya di era yg lbh mencabar ini. Amiin. Wassalam.